Kelas bhs arab untuk kanak-kanak sek rendah akan dibimbing dari basic sebagai persiapan awal untuk menyambung pengajian agama peringkat menengah dan pondok.
Penekanan peringkat awal kpd bhs arab komunikasi , nahu , sorof dan irob.
Guru lepasan timur tengah.
Tempat : Kuala Ibai
Masa : Pagi Jumaat dan Sabtu
Kekerapan : 2 kali seminggu
Yuran : RM60 sebulan
Kelas ini terbuka hanya kepada mereka yang berminat mendalami ilmu agama melalui bacaan kitab-kitab turath dan juga kitab-kitab dalam bhs arab madah-madah seperti bahasa arab, nahu, sorof,tafsir,hadis, fekah, usul tafsir, usul fikh, balaghah, dan lain-lain lagi.
Syarat-syarat :
1-Niat Ikhlas
2-Amat berminat
3-Bersungguh
4-Ada kumpulan paling minima 5 orang
5-Berumur 18 - 30 tahun (muslimin/muslimat)
6-Berhasrat untuk mengembangkan kembali ilmu kepada orang lain
Kini Madrasah Raudhah Syafieah , membuka peluang mempelajari bahasa arab komunikasi kepada muslimin dan muslimat . Kitab yang digunakan adalah العربــية بـيـن يد يــك seperti gambar di atas.
Pakej Asas Bermula Dari Kosong : Terbuka kepada mereka yang boleh membaca al-Quran dan amat berminat.
Muslimin : Hari : Jumaat Masa : 3.00 - 4.30 ptg
Tempat : Kuala Ibai (kemaskini 13-01-2014)
Muslimat : Hari : Jumaat Masa: 8.00 - 10.00 malam
Tempat : Taman Semarak, Bukit Tunggal (Kemaskini 29 -05-2013)
Assalamualaikum w.r.t. Pihak Madrasah Raudhah Syafieah mempelawa kepada muslimin & muslimat dermawan untuk membiayai kos kerusi yang telah di tempah oleh pihak madrasah bagi kegunaan pelajar di dewan makan.
Kepada muslimin/muslimat yang ingin menyumbang bolehlah bankin ke akaun BANK ISLAM seperti di bawah:
Nama Akaun : Madrasah Raudhah Syafieah
No. Akaun : 13-017-02-102171-2
atau hubungi Ust. Mat Zais Bin Mat Amin H/p : 013 255 9564 / Off : 09 624 0282 Mudir Madrasah Raudhah Syafieah
Tempoh dan sistem pengajian Madrasah Raudhah Syafieah terbahagi kepada 2 bahagian, keterangannya adalah seperti berikut: 4.1. Pengajian Tahfiz 4.1.1 Setiap pelajar Tahfiz akan melalui proses pengajian selama 4 tahun 4.1.2. Tahun 1 - 4 : Tahfiz al-Quran (7 juzuk setengah setahun) 4.1.3. Sijil Tahfiz al-Quran Madrasah Raudhah Syafieah akan dikeluarkan apabila pelajar menamatkan hafalan Al-Quran 30 juzuk dengan ulangan 10 juzuk/5 juzuk sehari.
4.2. Pengajian Alim (Kitab) 4.2.1 Setiap pelajar Alim akan melalui proses pengajian selama 4 tahun, 2 tahun bagi tahap I`dadi (Rendah) dan 2 tahun bagi tahap Thanawi (Menengah) 4.2.2. Pihak Madrasah Raudhah Syafieah mengendalikan sistem pengajian Alim dalam bentuk cepat, singkat dan menyeluruh. Sistem ini diasaskan atas agihan nota bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari dan disusuli latih tubi bagi mengaktif kefahaman mereka. 4.2.3 Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun akan dijalankan untuk mendedahkan pelajar kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dan membolehkan guru menilai tahap penerimaan pelajar serta kesungguhan mereka dalam pembelajaran.
Peluang kepada muslimin dan muslimat untuk membuat amal jariah dengan menyertai skim wakaf yang dibuka oleh pihak madrasah seperti di bawah.
Sabda Rasulullah s.a.w.; “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariah 2. Ilmu yang diambil manfaat dengannya 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Atas dasar itulah bagi muslimin dan muslimat yang mempunyai lebihan harta maka ini adalah peluang keemasan yang diberikan oleh islam. sila dapatkan borang wakaf ini.
Pada akhir abab ke 18 telah tertubuhnya sebuah pusat pengajian pondok yang terkenal iaitu Pondok Haji Mat Syafie bersempena nama seorang tokoh ulama` mithali iaitu Tuan Guru Haji Mat Syafie.
Pondok ini telah mendapat sambutan masyarakat ketika itu dari dalam dan luar negeri. Sehingga melahirkan beberapa tokoh alim ulama` yang terkemuka.Perjalanan pondok ini dapat bertahan sekian lama setelah menjalani peralihan beberapa orang pentadbir sehinggalah ditadbir oleh Dato` Haji Ghazali bin Ahmad. Perjalanan pondok tersebut telah terbantut semenjak 15 tahun yang lalu sehingga sekarang.
Atas dasar kesedaran betapa bernilainya jika ada pihak tertentu yang menghidupkan kembali tapak pengajian ini dan secara tak langsung memanfaatkan segala harta wakaf yang telah sedia ada. Maka barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir Madrasah Raudhah Syafieah rasa terpanggil untuk memikul amanah ini dan menyeru kesemua muslimin dan muslimat supaya memberi sokongan moral secara langsung atau sebaliknya.
02. OBJEKTIF
2.1.1. Melahirkan golongan hafiz al-Quran yang berilmu serta mampu menjadi tenaga pengerak bagi meneruskan kesinambungan institusi `ulama yang `amilin.
2.1.2. Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, akal dan akhlak.
2.1.3. Memantap serta memperkukuhkan sistem pendidikan Islam agar dapat memenuhi keperluan semasa.
2.1.4. Memastikan kecemerlangan pelajar dari segi syakhsiah dan ilmu-ilmu agama .
03. KURIKULUM
Madrasah Raudhah Syafieah menggabungkan dua kurikulum seiring di dalam sistem pendidikannya iaitu:
i. Kurikulum Pengajian Tahfiz al-Quran
Hafalan al-Quran, Tajwid, Adab al-Quran dan Ulum al-Quran
ii. Kurikulum Pengajian Turash
Matan-matan dan syarah-syarah bagi ilmu-ilmu tertentu seperti matan al-Jurumiah, Fathulqorib, Tafsir Jalalain, Minhajul Abidin, Bulughul Maram dan lain-lain.
04. TEMPOH DAN SISTEM PENGAJIAN
Tempoh dan sistem pengajian Madrasah Raudhah Syafieah terbahagi kepada 2 bahagian, keterangannya adalah seperti berikut: 4.1. Pengajian Tahfiz 4.1.1 Setiap pelajar Tahfiz akan melalui proses pengajian selama 4 tahun 4.1.2. Tahun 1 - 4 : Tahfiz al-Quran (7 juzuk setengah setahun) 4.1.3. Sijil Tahfiz al-Quran Madrasah Raudhah Syafieah akan dikeluarkan apabila pelajar menamatkan hafalan Al-Quran 30 juzuk dengan ulangan 10 juzuk/5 juzuk sehari.
4.2. Pengajian Alim (Kitab) 4.2.1 Setiap pelajar Alim akan melalui proses pengajian selama 4 tahun, 2 tahun bagi tahap I`dadi (Rendah) dan 2 tahun bagi tahap Thanawi (Menengah) 4.2.2. Pihak Madrasah Raudhah Syafieah mengendalikan sistem pengajian Alim dalam bentuk cepat, singkat dan menyeluruh. Sistem ini diasaskan atas agihan nota bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari dan disusuli latih tubi bagi mengaktif kefahaman mereka. 4.2.3 Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun akan dijalankan untuk mendedahkan pelajar kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dan membolehkan guru menilai tahap penerimaan pelajar serta kesungguhan mereka dalam pembelajaran.
05. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
-Lelaki / Perempuan berumur 12 - 15 tahun -Boleh membaca Al-Quran -Boleh membaca serta menulis Jawi dan Rumi 06. KELAS-KELAS ANJURAN MRS
Selain daripada mengambil pelajar-pelajar tahfiz/alim sepenuh masa, pihak Madrasah Raudhah Syafieah juga mengadakan kelas-kelas yang berbentuk pakej-pakej tertentu yang terbuka kepada masyarakat umum yang berminat menimba ilmu. Berikut di antara pakej-pakej yang di tawarkan:
6.1. Pakej Pelajar Sekolah (Berumur 7-19 tahun)
1– Kelas KAFA 2– Kelas Tahfiz Petang 3– Kelas Bahasa Arab Petang
6.2. Pakej Dewasa (Berumur 20 tahun ke atas)
1-Kelas Agama Dewasa 2-Kelas Bahasa Arab Dewasa
6.3. Pengajian Pondok Warga Emas
Iaitu satu penempatan khas bagi golongan warga emas yang ingin menimba ilmu atas kesedaran sendiri bagi memenuhi masa yang terluang dengan ilmu, ibadah dan kebajikan. 07. DANA MADRASAH RAUDHAH SYAFIEAH
Bagi menjayakan hasrat yang murni ini, ia memerlukan satu dana kewangan yang kukuh bagi memberi jalan kepada pihak Madrasah Raudhah Syafieah bertahan dalam mentadbir dan seterusnya mampu berdikari sendiri.
Proses baik pulih dan persiapan Madrasah Raudhah Syafieah ini merangkumi aset kekal seperti bilik darjah , asrama pelajar , kantin , musolla , pejabat dan peralatan-peralatan yang berkaitan dengannya di mana anggaran perbelanjaan keseluruhannya disekitar RM 236,250.00.