SEJARAH PENUBUHAN MADRASAH RAUDHAH SYAFIEAH


01. LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Pada akhir abab ke 18 telah tertubuhnya sebuah pusat pengajian pondok yang terkenal iaitu Pondok Haji Mat Syafie bersempena nama seorang tokoh ulama` mithali iaitu Tuan Guru Haji Mat Syafie.

Pondok ini telah mendapat sambutan masyarakat ketika itu dari dalam dan luar negeri. Sehingga
melahirkan beberapa tokoh alim ulama` yang
terkemuka.Perjalanan pondok ini dapat bertahan
sekian lama setelah menjalani peralihan beberapa orang pentadbir sehinggalah ditadbir oleh Dato` Haji Ghazali bin Ahmad. Perjalanan pondok tersebut telah terbantut semenjak 15 tahun yang lalu sehingga sekarang.

Atas dasar kesedaran betapa bernilainya jika ada pihak tertentu yang menghidupkan kembali tapak pengajian ini dan secara tak langsung memanfaatkan segala harta wakaf yang telah sedia ada. Maka barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir Madrasah
Raudhah Syafieah rasa terpanggil untuk memikul amanah ini dan menyeru kesemua muslimin dan
muslimat supaya memberi sokongan moral secara langsung atau sebaliknya.

02. OBJEKTIF

2.1.1. Melahirkan golongan hafiz al-Quran yang
berilmu serta mampu menjadi tenaga pengerak bagi meneruskan kesinambungan institusi `ulama yang `amilin.

2.1.2. Membentuk generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, akal dan akhlak.

2.1.3. Memantap serta memperkukuhkan sistem
pendidikan Islam agar dapat memenuhi keperluan semasa.

2.1.4. Memastikan kecemerlangan pelajar dari segi syakhsiah dan ilmu-ilmu agama .

03. KURIKULUM

Madrasah Raudhah Syafieah menggabungkan dua kurikulum seiring di dalam sistem pendidikannya iaitu:

i. Kurikulum Pengajian Tahfiz al-Quran

Hafalan al-Quran, Tajwid, Adab al-Quran dan Ulum al-Quran

ii. Kurikulum Pengajian Turash

Matan-matan dan syarah-syarah bagi ilmu-ilmu tertentu seperti matan al-Jurumiah, Fathulqorib, Tafsir Jalalain, Minhajul Abidin, Bulughul Maram dan
lain-lain.

04. TEMPOH DAN SISTEM PENGAJIAN

Tempoh dan sistem pengajian Madrasah Raudhah Syafieah terbahagi kepada 2 bahagian, keterangannya adalah seperti berikut:
4.1. Pengajian Tahfiz
4.1.1 Setiap pelajar Tahfiz akan melalui proses
pengajian selama 4 tahun
4.1.2. Tahun 1 - 4 : Tahfiz al-Quran (7 juzuk setengah setahun)
4.1.3. Sijil Tahfiz al-Quran Madrasah Raudhah Syafieah akan dikeluarkan apabila pelajar menamatkan hafalan Al-Quran 30 juzuk dengan ulangan 10 juzuk/5 juzuk sehari.

4.2. Pengajian Alim (Kitab)
4.2.1 Setiap pelajar Alim akan melalui proses
pengajian selama 4 tahun, 2 tahun bagi tahap I`dadi (Rendah) dan 2 tahun bagi tahap Thanawi (Menengah)
4.2.2. Pihak Madrasah Raudhah Syafieah mengendalikan sistem pengajian Alim dalam bentuk cepat, singkat dan menyeluruh. Sistem ini diasaskan atas agihan nota bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari dan disusuli latih tubi bagi mengaktif kefahaman mereka.
4.2.3 Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun akan dijalankan untuk mendedahkan pelajar kepada strategi menjawab soalan peperiksaan dan membolehkan guru menilai tahap penerimaan pelajar serta kesungguhan mereka dalam pembelajaran.

05. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

-Lelaki / Perempuan berumur 12 - 15 tahun
-Boleh membaca Al-Quran
-Boleh membaca serta menulis Jawi dan Rumi

06. KELAS-KELAS ANJURAN MRS


Selain daripada mengambil pelajar-pelajar tahfiz/alim sepenuh masa, pihak Madrasah Raudhah Syafieah juga mengadakan kelas-kelas yang berbentuk
pakej-pakej tertentu yang terbuka kepada masyarakat umum yang berminat menimba ilmu. Berikut di antara pakej-pakej yang di tawarkan:

6.1. Pakej Pelajar Sekolah (Berumur 7-19 tahun)

1– Kelas KAFA
2– Kelas Tahfiz Petang
3– Kelas Bahasa Arab Petang

6.2. Pakej Dewasa (Berumur 20 tahun ke atas)

1-Kelas Agama Dewasa
2-Kelas Bahasa Arab Dewasa

6.3. Pengajian Pondok Warga Emas

Iaitu satu penempatan khas bagi golongan warga emas
yang ingin menimba ilmu atas kesedaran sendiri bagi memenuhi masa yang terluang dengan ilmu, ibadah dan
kebajikan.

07. DANA MADRASAH RAUDHAH SYAFIEAH


Bagi menjayakan hasrat yang murni ini, ia memerlukan
satu dana kewangan yang kukuh bagi memberi jalan kepada pihak Madrasah Raudhah Syafieah bertahan dalam mentadbir dan seterusnya mampu berdikari sendiri.

Proses baik pulih dan persiapan Madrasah Raudhah Syafieah ini merangkumi aset kekal seperti bilik darjah , asrama pelajar , kantin , musolla , pejabat dan peralatan-peralatan yang berkaitan dengannya di mana anggaran perbelanjaan keseluruhannya disekitar
RM 236,250.00.

You can leave a response, or trackback from your own site.

I K L A N

Powered by Blogger